Mulakan perjalanan profesional anda dalam bidang Analisa Profil Tingkah Laku DiSC bersama FINE Academy. Program intensif selama 3 hari ini direka untuk membantu anda memahami, mentafsir dan mengaplikasikan DiSC dalam komunikasi, kepimpinan, coaching serta pembangunan organisasi.
Tarikh Program: 22 Hingga 24 Jun 2026
Bina kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam organisasi, latihan, coaching dan pembangunan modal insan melalui pendekatan Analisa Profil Tingkah Laku DiSC.
Bagaimana Perunding, Coach Dan Pemimpin Berprestasi Tinggi Mampu Memahami Manusia Dengan Lebih Cepat Dan Tepat?
Apakah Kaedah Yang Mereka Gunakan Untuk Menganalisa Tingkah Laku Dan Membantu Individu Berkembang Dengan Lebih Berkesan?
Fahami bagaimana personaliti terbentuk serta faktor yang mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kenali perbezaan antara tabiat, kepercayaan dan kecenderungan individu.
Pelajari sejarah, konsep dan prinsip asas DiSC. Fahami bagaimana sistem DiSC digunakan untuk mengenalpasti gaya tingkah laku manusia.
Kenali ciri-ciri utama profil D, i, S dan C. Fahami kekuatan, limitasi serta keperluan pembangunan bagi setiap personaliti.
Pelajari cara mengesan tekanan, perubahan tingkah laku dan profil yang tidak sah. Kuasai teknik membaca petunjuk penting dalam graf DiSC.
Ketahui cara mentadbir alat psikometrik DiSC dengan betul. Pelajari teknik membaca dan mentafsir graf serta laporan secara profesional.
Gunakan DiSC untuk meningkatkan komunikasi, kerjasama dan prestasi pasukan. Fahami padanan individu, kerjaya dan peranan dalam organisasi.
Pelajari asas mentoring dan coaching menggunakan pendekatan DiSC. Tingkatkan keberkesanan sesi pembangunan individu melalui teknik pertanyaan yang tepat.
Fahami faktor yang mendorong tingkah laku dan prestasi seseorang. Kenalpasti trait motivasi yang mempengaruhi tindakan serta keputusan individu.
Kuasai kaedah mengendalikan sesi coaching dan intervensi berasaskan DiSC. Aplikasikan pendekatan ini dalam kerjaya, hubungan dan komunikasi harian.
• Program intensif selama 3 hari pembelajaran berstruktur.
• Dibimbing secara langsung oleh Fauzul Na’im Ishak, Master Trainer dan Master Coach berpengalaman.
• Mempelajari 9 modul lengkap merangkumi analisa, coaching dan intervensi tingkah laku.
• Menguasai teknik mentafsir graf dan laporan DiSC secara profesional.
• Mempelajari kaedah diagnosis tingkah laku manusia menggunakan DiSC.
• Mengaplikasikan DiSC dalam komunikasi, kepimpinan dan pembangunan organisasi.
• Mempelajari teknik mentoring dan coaching berasaskan DiSC.
• Memahami faktor motivasi yang mempengaruhi tingkah laku individu.
• Mengendalikan sesi coaching dan intervensi menggunakan pendekatan DiSC.
• Menerima Sijil Certified Behavioural Consultant (DISC) selepas tamat program.
Pelajari cara mengenalpasti corak tingkah laku, kekuatan dan limitasi individu menggunakan pendekatan DiSC secara sistematik.
Kuasai kemahiran membaca, mentafsir dan menganalisa graf serta laporan DiSC dengan lebih tepat dan profesional.
Pelajari kaedah mengendalikan sesi coaching, mentoring dan intervensi tingkah laku menggunakan pendekatan DiSC.
Gunakan DiSC untuk meningkatkan komunikasi, kerjasama pasukan, kepimpinan dan pengurusan prestasi organisasi.
Fahami faktor motivasi yang mempengaruhi tindakan, keputusan dan tingkah laku seseorang individu.
Menerima pensijilan selepas tamat program sebagai pengiktirafan terhadap kemahiran yang telah dipelajari.